♕ Nur Ainina


♫ Enjoy ♫




Nak berhenti merokok ?
Monday 8 April 2013 | 08:51 | 0 comments
Assalamualaikum . Selamat pagi , petang , siang , malam .


Masih ramai orang di luar sana yang menjadi perokok-perokok tegar kan . Bukan setakat lelaki . Perempuan pun ada yang merokok.  Tak serik-serik ngan rokok yea . Tapi jangan takut . buat sape-sape yang nak berhenti merokok baguslah . Sebab , seseorang tu mungkin tak tahu macam mana kesihatan tu diperbaiki selepas berhenti merokok . Okayy , cuba bace ni dengan teliti yea .

8 jam pertama : Paras nikotin dan karbon monoksida dalam darah menurun kepada separuh dan kandungan oksigen dalam darah kembali normal . Peredaran dipulihkan .

24 jam pertama : Bahan karbon monoksida dan nikotin disingkirkan dari badan .

2 hari : Keupayaan deria rasa dan deria bau pulih seperti sedia kala .

1 bulan : Merokok menyebabkan kulit rosak dan penuaan pra matang . Selepas berhenti merokok , kulit hilang kepucatan yang bewarna kelabu dan kedutan berkurang .

3 - 9 bulan : Batuk dan bunyi berdesit berkurangan .

1 tahun : Risiko serangan penyakit jantung berkurang pada kadar separuh berbanding dengan perokok . 

10 tahun : Risiko serangan kanser paru-paru berkurang pada kadar separuh berbanding dengan perokok .

15 tahun : Risiko serangan penyakit jantung berkurangan seperti individu yang tidak pernah merokok . CLEAN & CLEAR ! 

Jangka masa ni pun berbeza ikut umur seseorang tu . So , daripada sekarang lah kena berhenti merokok . 

Tubuh seorang perokok tegar 





old post / new post