♕ Nur Ainina


♫ Enjoy ♫




Klinik Respiratory
Monday, 1 April 2013 | 14:30 | 0 comments
Hello peeps 


Tarik nafas .. Lepas .. Tarik .. Lepas .. Alhamdulillah~ masih dikurniakan nyawa untuk terus hidup . Aku nak share sikit ilmu la ni kat korang . Pasal penyakit TIBI . Yang mana penyakit ni sekarang menyerang ramai orang terutama nya lelaki . Bakteria ni bukan kira sape-sape pun dy nak serang . Ape ntah lagi yg imuniti rendah . Berisiko sangat dapat penyakit ni . Arini aku berpeluang keje kat klinik respiratory a.k.a klinik dada . Klinik ni dy ikot jugak jadual yg dah ditetapkan . Macam arini utk kes TIBI je . 
Bila DR. takde , ni lah keje nyer . snap jap . hee~

                                                                        
                                                              Cegah lebih baik dari merawat . BEWARE !


Apa TIBI ?
Penyakit yang dibawa oleh mycobacterium tubercolosis , mycobacterium bovis & mycobacterium africanum yang mana boleh menyebabkan MAUT jika TAK dirawat . 

Macam mane TIBI boleh merebak ?
TIBI merebak melalui udara . Ape ntah lagi kalau pesakit tu bersin . Lebih kurang 50 000 bacteria ni boleh terbang . Banyak kan . Teruja tak ? Then , batuk : 40 000 & bercakap 10 000 .

Siapa yang berisiko tinggi ?
Seseorang yang mempunyai imuniti rendah (mostly)
-HIV / AIDS
-warga tua > 65 tahun
-diabetes (kencing manis)
-Leukemia
-penagih dadah
-Lymphoma 
-perokok

Tanda-tanda menghidap penyakit TIBI .
-batuk berterusan >10 hari kadang kala berdarah
-batuk berkahak (warna kekuningan / kehijauan
-sakit dada
-susah bernafas bila tarik nafas atau batuk
-berat badan berkurang
-demam pada waktu malam 
-kurang selera makan 

*kalau kawan-kawan ada tanda-tanda macam ni tolong jumpa doktor untuk dapatkan rawatan segera . *begging


Penyelidikan :
1. Sputum AFB 3x (Asid Fast Bacilli)
Selalu nya sputum a.k.a kahak ni akan diambil waktu awal pagi lah ye .
2. Mentoux test
Yang ni paling best . Yang mana aku sendiri berpeluang inject kat patient yang ada simptom TIBI nak tengok ea positif or negatif . Injection dibuat secara intradermal (betul-betul bawah kulit) . 
3. X ray 
Yang mana akan nampak macam tompok-tompok putih kat paru-paru tu .  


Selalunya pesakit TIBI ni dy akan on ubat selama 6 bulan lah . Yang mana 2 bulan pertama , pesakit kena telan ubat tu depan anggota kesihatan yang terlatih . Seterusnya , peringkat sambungan selama 4 bulan ambil ubat selama 2 kali seminggu . Ubat-ubat nya ialah isoniazid , rifampicin , ethambutol . Streptomycin skunk ni jarang dah guna . 

Cara nak cegah :
1. Immunisasi BCG (bacilli calmate guerin)
2. Dapatkan pemeriksaan segera kalau batuk lebih dari 10 hari . 
3. Kontak / family / individu yg rapat dengan patient kene dapatkan pemeriksaan
4. Banyakkan cahaya matahari masuk dalam umah . Pengudaraan penting !
5. Amalkan gaya hidup sihat & makanan seimbang 
6. Rest cukup 
7. Elak tinggal tempat sesak okayyy . 



DR . tumpang duduk jap yea . 




Alat untuk rehabilisasi . *perlu ade 1 kat umah ni . hak3




Kipas je ade untuk normal kan udara sekeliling . NO aircond !

Ni je ilmu yang dapat share arini . Nanti free aku update lagi okay . Pesanan utk semua . Jage diri , Jaga kesihatan tau . Love u all . PREVENTION IS BETTER THAN CURE !
old post / new post